Nadi Melugu X E-Sukan – Kelas: Sains Sukan - Fizikal & Pemulihan
6 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniSatu sesi kelas atas talian bertajuk “Sains Sukan - Fizikal & Pemulihan” telah diadakan bagi memberi tumpuan kepada aspek pemulihan fizikal selepas kecederaan, teknik regangan, serta kaedah penjagaan tubuh bagi meningkatkan prestasi atlet. Objektif pembelajaran kelas ini untuk memahami kesan gaya hidup tidak aktif terhadap tubuh pemain e-sukan, belajar senaman ringan untuk kekalkan kesihatan otot dan sendi, seterusnya mengetahui posisi duduk ergonomic yang betul semasa bermain dan terakhir mengamalkan rutin pemulihan selepas sesi Latihan atau pertandingan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: